...Bismillahirrahmanirrahim...
sejak pekenalan kita, seperti ada sesuatu kelainan yang akak rasa. apakah dia? akak sendiri tak begitu pasti. mungkin ia satu cahaya atau petunjuk yang membantu membangkitkan kembali semangat akak, atau tempat untuk meluahkan rasa dan berkongsi cerita dan mungkin juga sebagai sebuah keluarga.
tak dapat dinafikan memang kita sungguh berbeza. pada mulanya, terselit rasa rendah diri untuk bersahabat dengan adik. mungkin kerana perbezaan yang ketara antara kita. memang akak tak secantik husna. dari pelbagai segi. sama ada rupa mahupun rohani. tapi, berkasih sayang itu di tuntut dalam agama. sehingga hadir satu perasaan, perasaan ingin barsahabat dengan adik. seperti kata pepatah 'kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat tempias wangiannya walaupun sedikit'. itu sebenarnya yang ingin di ceritakan.
ada sesuatu yang begitu berharga akak perolehi setelah bersahabat dengan adik. apakah dia? 'CINTA'. mengenal apa itu cinta. dan kepada siapakah seharusnya cinta itu disalurkan. telah akak temui jawapannya, walaupun sebenarnya perkara itu semua orang tahu. tak perlu akak huraikan cerita cinta itu lagi. kerana kita sendiri telah kongsikannya bersama.
jauh di sudut hati, sungguh akak begitu kagum dengan adik. mengapakah? kerana keperibadian yang ada dalam diri adik, sifat mahmudah yang ada pada diri adik dan juga ilmu Al - Quran yang begitu tinggi sekali. bukan akak nak mengagung - agungkan adik. tapi sekadar menyatakan rasa bersyukur di atas persahabatan ini.
dugaan, memang sering menyapa kita. kalau hidup tidak di duga, tak sempurna hidup sebenarnya. akak cuba selami apa yang adik rasa, dan apa yang cuba adik kongsikan, luahkan kepada akak. akak bukanlah pakar motivasi yang dapat membangkitkan semangat adik semula, tapi akak cuma mampu menjadi pendengar setia adik.walau apa pun, semoga kita bersahabat selamanya. selamat menghadapi peperiksaan. semoga kejayaan milik kita bersama.
salam~
ReplyDeleteterharu....
Ukhwah tu tak mengenal medium,tak kenal warna kulit dan keturunan,tak kenal tinggi rendah darjat.
Moga cinta kita ke syurga~
Ana uhibbuki fillah....