Secara umumnya, wanita mengetahui konsep aurat secara umum. Mereka juga dapat menyatakan anggota-anggota badan yang merupakan aurat wanita serta mengetahui hukum menutup aurat. Para wanita tidak memelihara aurat mereka sebagaimana yang mereka ketahui, sama ada dari sudut syarat pakaian menutup aurat mahupun batasan aurat ketika bersama orang yang bukan mahram.
Pendedahan aurat yang paling ketara dapat dilihat dari segi pendedahan kaki, memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan, bertudung nipis lagi jarang serta tidak melabuhkan tudung melepasi paras dada. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita tidak menutup aurat ketika berada bersama ipar duai dan tidak dapat menyenaraikan kesemua mahram bagi mereka. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka kurang mengambil berat dan kurang prihatin terhadap penjagaan aurat.
Selain itu, kesemua wanita mengetahui bahawa aurat wajib ditutup apabila mencapai usia baligh dan kebanyakannya mula menutup aurat dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun atas kesedaran diri sendiri, di samping penerapan ilmu agama di sekolah serta pergaulan dengan rakan sebaya yang menutup aurat. Walau bagaimanapun, ada di kalangan wanita mengakui mula menutup aurat ketika mula bekerja, manakala ada yang lain mengakui menutup aurat kerana tertarik dengan kecantikan wanita bertudung di samping ingin menutup kelemahan dirinya.
kefahaman dalam pengamalan menutup aurat yang sebenar perlu ditingkatkan lagi dalam masyarakat Islam itu sendiri
ReplyDelete