Sunday, May 15, 2011

~selamat hari IBU~

"SELAMAT HARI IBU,SAYANG IBU"


itulah ucapan yang akan diberikan oleh seorang anak kepada ibu mereka pada 8 mei setiap tahun, sebagai tanda cinta, kasih sayang, ingatan buat ibu mereka. tetapi, saya begitu tidak setuju atau dalam erti kata lain, tidak suka dengan mereka yang menyambut hari ibu. bukannya apa, seolah - olah tarikh keramat 8 mei itu sahajakah kita perlu ingat pada ibu kita? pada 8 mei sahajakah kita perlu datang atau ziarah ibu kita. tak dinafikan, kita sebagai khalifah di muka bumi ini banyak tanggungjawabnya. ye, masing - masing sibuk dengan tugasan dan amanah ada yang sibuk menuntut ilmu, ada yang sibuk mencari rezeki. jadi dengan kesempatan 8 mei ini sahaja mereka merebut peluang itu untuk bersama - sama dengan ibu meraka. seolah - olah 8 mei itu wajib disambut oleh setiap anak untuk meraikan ibu meraka. dan menjadi kesalah jika tidak mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada ibu mereka? persoalannya, benarkah ia menjadi satu kesalahan jika kita tidak meraikan sambutan hari ibu itu? teringat saya pada kata - kata seorang sahabat saya yang menyatakan sambutan hari ibu itu haram, kerana ada kepercayaan yang menyatakan sambutan hari ibu itu adalah hari bagi mengingati hari kematian mother ape saya pun kurang pasti.

pernahkah kalian sedar bahawa, bukankah  dengan mengingati ibu itu adalah baik pada setiap masa. malah, sekiranya kita menatap wajah ibu kita dengan penuh kasih sayang akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. tak mahukah kita pahala itu? adakah dengan menyambut hari ibu sahaja kita dapat merebut peluang untuk mendapatkan pahala? mari kita renung sejenak. bagi anda yang mungkin duduk berjauhan dari ibu, jarang untuk pulang menziarahi ibu bukan menyambut hari ibu itu wajib untuk anda balik ke rumah meraikan mereka, tetapi jadikan amalan menelefon ibu  pada setiap hari sebagai penghubung untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita. yang saya hairannya, bila telefon kawan baik dalam erti kata lain "boyfriend" ada pula kredit dia.

fenomenan yang saya lihat sekarang, sambut hari ibu, tapi lepas tu lukakan hati ibu lagi. melawan kata ibu, meninggikan suara macam - macam lagi sifat mazmumah. kononnya dengan menyambut hari ibu tu nak tebus dosa yang dia pernah buat pada ibunya. bagi hadiah besar macam gajah, duit berhabis semata - mata nak beli hadiah itu. sebenarnya, bukan hadiah yang ibu inginkan tetapi perhatian kita terhadap mereka. mereka tak inginkan wang kita, tetapi mereka ingin kita dekat dengan mereka, dekat dengan hati mereka. wang ringgit bukan sebagai pengganti kasih sayang. kasih sayang tak boleh di beli dengan wang ringgit. tapi, itulah yang berlaku sekarang. nak jenguk ibu pun payah, wanglah sebagai pengganti diri..

ingatlah, ibu yang melahirkan, menyusakan, membesarkan, mendidik kita sejak dari buaian lagi. adakah dengan mengingati ibu pada hari ibu sahaja sudah cukup pada kita? Allah telah memerintahkan umat manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa dan berlemah lembut kepada mereka berdua. mentaati ibubapa itu ada kaitan yang rapat dengan mentaati Allah. kerana orang yang menderhakai ibu bapa bererti tidak mentaati Allah. selaras dengan firman Allah : "maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka.

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa,
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"

No comments:

Post a Comment