Tuesday, June 1, 2010

~hawa~


HAWA...
andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah...
HAWA...
andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata - mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata turun ke haty,dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan lain sehingga nafsu kejahatan menguasai diri...
HAWA...
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan addinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan...
OLEH ITU HAWA...
jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buatmu, cukuplah sekadar cinta adik - beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu...
HAWA...
cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah...


No comments:

Post a Comment