"selamat hari guru ustazah"
dulu, memang saya akui, saya bukanlah seorang pendidik yang berjaya dan bukan maksud saya sekarang saya telah berjaya. tidak! saya masih lagi pendidik yang memerlukan pendidikkan, pendidik yang masih lagi bertatih mencari cara, jalan, petunjuk untuk mendidik, mangasuh anak bangsa agar menjadi umat yang berguna menegakkan agama serta menjadi khalifah yang terhebat di dunia seperti khalifah - khalifah Islam. namun, untuk menjadi yang terbaik juga masih belum saya mampu.
tak dapat saya ungkapkan apa yang tersemat dihati. seperti ingin meluahkan rasa bersyukur, terharu diatas rezeki kurniaan Illahi. dikurniakan sahabat seperjuangan yang tak pernah kenal erti jemu untuk membantu saya bagi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini. buat ibu, yang tidak putus - putus membakar semangat saya untuk menghadapi segala rintangan yang mencabar sebagai seorang pendidik yang kadang kala saya begitu berputus asa untuk menghadapinya. dan juga anak- anak didik yang amat menyayangi saya.
guru itu ibarat ibu bapa kita. jadi tidak hairanlah jika kita menyakiti hati guru menyebabkan masa depan kita menjadi gelap dan suram. kerana apa? kerana guru mengasuh, mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. tidak ada seorang gurupun yang akan gembira apabila melihat hidup anak didiknya menderita. pengorbanan guru itu begitu besar, sehingga guru diumpamakan seperti sebatang lilin. saya rasa tak perlu saya menghuraikan segala jasa guru. kerana saya tahu anda lebih mengetahuinya kerana anda sendiri pernah mempunyai seorang guru.
"bertanyalah kepada yang berilmu,
jika kamu tidak mengetahuinya"
akhir kata, selamat hari guru.
semoga redha Allah bersama kita.
No comments:
Post a Comment