Thursday, April 22, 2010

~keistimewaan wanita~



* Haidh seseorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidnya dia membaca " Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah " ( Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan & aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa ), maka Allah akan membebaskannya dari neraka & dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kapada Allah selama haidhnya...


* Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Ketika menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, mata yang buta telah celik. Allah mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya...



No comments:

Post a Comment