jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu,
jgn sesekali kamu lepaskan ia ke dlm air begitu saja,
kerana ia akan sakit,
kerana bisa ketajaman mata kailmu,
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kpd seseorang,
setelah ia mulai menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya,
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
kerana dia akan terluka,
oleh kenangan bersamamu,
mungkin tidak dapat melupakan segalanya,
selagi dia mengingatimu.
apabila sekali ia retak,
tentu sukar utk kamu menampalnya semula,
akhirnya ia dibuang,
sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih dpt digunakan lagi.
begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya,
jgnlah kamu terlalu mengaguminya,
jgnlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa.
apabila sekali dia melakukan kekhilafan,
bukan mudah bg kamu utk menerimanya,
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya,
sdgkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.
jika kamu tlh memiliki sepinggan nasi,
yg kamu pasti baik utk dirimu,
mengenyangkan, berkhasiat,
mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yg lain,
terlalu ingin mengejar kelazatan,
kelak,nasi itu akan basi,
kamu tidak boleh memakannya,
kamu akan menyesal.
begitu juga jika kamu tlh bertemu dgn seorang insan,
yg kamu pasti membawa kebaikan kpd dirimu,
menyayangimu, mengasihimu,
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dgn yg lain,
terlalu mengejar kesempurnaan,
kelak,kamu akan kehilangannya,
apabila dia menjadi milik org lain,
kamu juga yg akan menyesal
No comments:
Post a Comment