~inginku luahkan rasa CINTA dan rindu ini kepada mereka~
~kerana CINTA itu,cahaya sanubari~
~kurniaan Tuhan,fitrah insani~
~dan dimana terciptanya CINTA,disitu rindu bermula~
~kerana CINTA nya aku pada ilmu,ku teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu di merata tempat.walaupun ilmu yang ada dalam dada ku tidaklah seluas lautan,namun aku tetap bersyukur kerana di temukan dengan sekolah yang telah banyak menabur jasa dan bakti padaku.dan kerana kukuhnya pendirianku memegang pepatah "tuntutlah ilmu sejak dari buaian,hingga ke liang lahat" menyemarakkan lagi semangatku untuk menggali ilmu duniawi serta ukhrawi.moga dipermudahkan olehNya~
~dan kerana CINTA ku kepada mereka,bertekad dalam sanubariku untuk menjadi seperti mereka.sanggup membakar diri menerangi hati nurani,moga mereka dirahmati.kerana mereka telah menyampaikan ilmu yang sangat berguna buatku.moga dibukakan pintu syurga.tak terbalas jasa mu,berkorban jiwa raga,mendidik anak bangsa,menjadi insan berguna,keikhlasan di hati,hulur bakti dan budi,kau penyambung warisan,ilmu cahaya hati~
~CINTA itu tidak pernah meminta,tetapi memberi sepenuh rela~
~rasa bahagia,biarpun sengsara,berkorban segala - gala~
~kerana CINTA itu hadir dalam diri tanpa dipinta,kini jadilah aku seperti mereka.CINTA kan dakwah,agama dan bangsa.kerana aku berpegang pada sabda Nabi : "sampaikan dari ku, walau satu ayat".dengan ayat ini sudah cukup untuk menguatkan lagi pendirianku untuk menjadi seorang pendidik,walaupun untuk menjadi pendidik yang terbaik masih jua belum ku mampu.
~semua kerana CINTA,yang pahit manis dirasa~
~menghibur nestapa,merawat duka,damai dijiwa~
~kerana CINTA mereka pada ku,membuatkan perasaanku kian membuak - buak untuk terus mendidik,mengasuh malah menjadi ibu kepada mereka~
~semua kerana CINTA~
~terima kasih Ya Allah,kerana kau hadirkan perasaan CINTA ini~
~terima kasih CINTA~
~SELAMAT HARI GURU~
No comments:
Post a Comment