Monday, May 23, 2011

I LOVE JAWI~

...KURSUS KAEDAH PENULISAN JAWI...
-saya tak de dalam gambar ni sebab saya terlalu comel ^_^ -
Kali ini saya ingin berkongsi kisah suka duka saya semasa menyertai kursus kaedah penulisan jawi edisi baru yang telah diadakan selama 2 hari bertempat di JAWI. Memang elok sangatlah, kursus berkaitan penulisan jawi dan diadakan di JAWI. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Haji Azman B. Haji Ahmad. awak kenal beliau? beliau merupakan penulis novel 'punya cinta Ramadan' dan 'namaku bukan maria', dan awak boleh temuinya di dewan bahasa dan pustaka. Beliau memang famous dengan klinik doktor jawi ini. Beliau menggunakan nama glamour 'ibnuahmadalkurauwi'. sebenarnya ada kisah disebalik nama itu.

Walaupun pertemuan kami agak singkat, tapi ia begitu memberi manfaat buat saya. Kursus jawi ini merupakan kursus kali ke 2 saya menyertainya. Walaupun buat kali ke 2, namun saya rasa banyak lubang - lubang yang masih kosong belum terisi dengan ilmu. Saya masih belum mampu untuk menguasai kaedah penulisan jawi ini dengan sepenuhnya. Mungkin hati saya gelap kerana bergelumang dengan dosa sehingga sukar untuk saya menerima ilmu Allah yang suci itu.

Kursus ini berkonsepkan santai, tapi padat dengan pengisiannya. Setiap perkataan yang di jawikan ada kaedahnya. Itulah yang saya temui dalam kursus ini. Bukan subjek matematik sahaja ada fomula, tapi dalam menjawikan perkataan pun punyai kaedah dan fomulanya sendiri. Nak tahu macam mana kaedahnya? Kenelah tanya pada saya. InsyaAllah saya akan cuba terangkan apa yang saya fahami. Pada mulanya, keegoan dalam diri terselah kerana menyangkakan saya telah mengetahui segala - galanya tentang kaedah penulisan jawi ini. Tapi, saya tersilap besar. Ilmu saya hanya setitik air lautan. Betapa jahilnya saya rasa ketika itu, tambahan lagi dengan saingan yang begitu kuat ketika itu.

Kami disini diselitkan dengan beberapa ujian disamping slot - slot ceramah dan perbincangan. Ujian ini yang akan menentukan siapakah yang akan memiliki markah yang tertinggi. Dalam hati ini, terselit rasa ego itu bahawa saya yang akan memiliki markah tertinggi. tapi tidak.bukan saya.mungkin di sebabkan keegoan itu saya gagal memperolehi markah tertinggi.malah, sahabat yang duduk disebelah saya berjaya membolot hadiah diatas kemenangannya itu.Agak terkilan juga di situ.hampir saja saya menumpahkan air mata,namun masih lagi saya mampu menahannya dari terus mengalir.

Dari situ saya mengambil pengajaran. Kadang - kadang kita rasa diri kita hebat. Lebih hebat dari semua orang. Tapi kenyataannya, kita tersilap besar kerana ilmu itu milik Allah. Allah yang akan memberikan hidayah kepada hambaNya jika Dia inginkan.Dari situ juga bertekat dalam hati saya untuk terus menuntut ilmu (melanjutkan pelajaran).Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan awak. Ameen~ ^_^

'Jika bukan kita yang ingin memartabatkan tulisan JAWI, siapakah lagi yang hendak diharapkan???orang bukan Islamkah???'

No comments:

Post a Comment