Saturday, May 21, 2011

kenapa...kenapa...dan...kenapa???

بسم الله الرحمن الرحيم

Saat post ini ditulis, air mata yang hangat ini mengalir tanpa dipinta. Bukan kerana menyalahkan takdir yang berlaku, tetapi airmata ini sebagai pembakar semangat untuk terus mencari redha Allah.

Sebagai hamba kepada penciptaNya memang banyak kekurangan dalam diri. Kalau hendak dibandingkan dengan kelebihan yang ada dalam diri boleh dikira dengan jari.

Saya tidak sekali ingin menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang mungkin bukan sekarang kita dapat nikmatinya, tetapi mungkin hikmah itu akan kita temui di akhirat kelak.

Kenapa saya tidak dikurniakan kejelitaan yang menawan seperti mereka???Memang saya tak secantik seperti wanita di luar sana yang kulit wajahnya licin, kemerah - merahan, bibir yang menawan lebih tepat seperti bidadari kayangan idaman setiap kaum adam. Kalau hendak di ceritakan berapa banyak penghinaan, cacian yang saya terima disebabkan fizikal saya itu, tak terbilang rasanya. Tapi, saya redha, mungkin saya tak punyai wajah secantik mereka kerana saya tahu saya akan riak dengan kejelitaan yang saya ada. Jadi, Allah sayangkan saya kerana munguji saya dengan ujian itu. Bukan kejelitaan yang akan dinilai oleh pencipta kita tapi hati yang ikhlas dan suci dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba.

Kenapa saya tidak Pandai seperti mereka??? Mungkin dulu saya dikatakan pelajar yang cemerlang di dalam sekolah. Tapi, bila saya berada di dunia luar, baru saya tersedar bahawa saya bukanlah seorang hamba yang cukup ilmunya. Betapa luasnya ilmu Allah itu. Jika ingin dibandingkan dengan ilmu saya yang hanya setitik air lautan sahaja. Begitu jahil rasanya diri ini kerana tak mampu untuk menguasai ilmu yang ada. Melihat sahabat - sahabat yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat master, tersentuh hati ini kerana tidak menjadi seperti mereka. Sijil setakat STPM, pandang sebelah mata je.Tapi, saya yakin Allah ingin memberikan rezeki yang lebih baik untuk diri saya.

Kenapa saya tidak dikurniakan Rezeki seperti mereka???Memang kadang - kadang perasaan cemburu itu tidak lari untuk melekat dalam hati ini. Cemburu melihat pekerjaan, kemewahan yang ada pada sahabat - sahabat seperjuangan. Mereka ada pekerjaan tetap, kerja kerajaan yang insyaAllah dapat menjamin masa depan meraka. Mereka punya kereta yang mewah dan banyak lagi rezeki yang mereka dapat nikmati. Tapi, bukan pada diri saya. Allah menguji saya, ingin menilai sejauh mana kesabaran saya menghadapi ujianNya.

Kenapa saya tidak sehebat mereka??? Mampu menyampaikan ceramah, tazkirah tentang agama Allah, malah mampu memikat, menarik perhatian pendengar serta orang ramai. mampu mengeluarkan nas-nas berpandukan ayat-ayat Allah. kenapa...kenapa...dan kenapa???

Tapi, bila kita menilai orang yang lebih hebat dari kita adakah kita sedar bahawa ia membuatkan kita kufur kepada nikmat yang telah Allah berikan kepada kita? "nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan". Cuba kita selami hati mereka yang lebih malang nasibnya berbanding kita.Tidakkah kita akan berasa begitu bersyukur kerana Allah memberikan kita kelebihan berbanding mereka. Jadi, jangan dipersoalkan kenapa Allah berikan kekurangan itu kepada kita. Tapi soallah ke dalam diri apakah kita telah bersyukur dengan setiap nikmat yang telah diberikan olehNya.

Ingatlah "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usaha mereka sendiri untuk mengubah nasib mereka"

1 comment:

  1. Ibrahim:7
    "...jika kamu bersyukur akan Aku tambahi lagi nikmat..."
    jgn dpeduli apa yang mnusia kata.mustahil untuk diredhai mnusia.
    sy fhm prasaan akk bila kita dibeza2kn dgn rupa paras fizikal kita.
    sungguh,yang paling mulia disisi Allah adalah org yang bertakwa.semoga takwa kta akn terus bcmbah....
    sbar ye akak....
    sungguh,sabar itu indah....
    yusuf:18
    jgn dtny apa yang kita tak dpt,tp syukur dgn ap yg kita ad....

    ReplyDelete