Wednesday, October 28, 2015

.:Mata yang menipu:.



Antara yang tertutup rapi dan terbuka luas,
Yang manakah pilihan hati?
Letakkan tangan di dada,
Tanya pada hati sanubari.
adakah rupa paras itu menjadi ukuran atau rohani memikat diri.
Mungkin dari pandangan mata yang selalu menipu menilai
bahawa yang terdedah itu menawan.
Pernahkah kita terfikir dari sudut yang berbeza,
mengapa syariat Islam itu sendiri mewajibkan wanita menutup aurat.
Biarpun dihina, dicerca apatah lagi di tohmah,

“kenapa perlu memakai tudung labuh? Macam khemah je”
“Bentuk macam cendawan. Tak ikut trend langsung.”
“tak panas ke pakai tutup-tutup ni”.

tapi dengan pakaian yang tertutup rapi itulah dapat melindungi wanita dari dikerumuni oleh lalat - lalat yang sentiasa mencari mangsanya.

Allah Swt. telah berfirman di dalam al-Quran surah an-Nur ayat 31:


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain ke dadanya. (QS an-Nur [24]: 31).


Sunday, October 25, 2015

Hijau yang kian pudar.


'HIJAU' sering di sinonimkan dengan alam sekitar. Pada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud;
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.”
Sebagai individu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar kita pada hari ini?
Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar adalah terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita boleh katakan ‘tidak' kepada pembasmian hutan dan juga persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, kita mempunyai kuasa untuk mendesak para pemaju dan penjaja supaya mereka lebih ‘mesra alam' dalam menjalankan kerja mereka.
Kita sebagai individu juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli rumah dalam kawasan ladang yang mana pemaju telah menebang semua pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan. Kita sepatutnya bertanya pada diri kita sendiri, mengapa perlu kita tinggal di kawasan persekitaran yang tidak selamat dan selesa? Hanya kita sendiri sahaja yang berhak untuk katakan ‘tidak' ataupun ‘ya' dalam memastikan kita hidup dalam suasana persekitaran yang bersih dan selesa.
Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, malah kita juga memerlukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram. Ini kerana, pembalakan haram merupakan salah satu daripada kegiatan yang turut memusnah dan mencemar alam sekitar kita termasuk sungai dan juga laut. Daripada kerja pembalakan haram tersebut juga, ia akan turut membawa kepada musnahnya kebanyakkan habitat semulajadi ikan air tawar yang sedia ada.
Kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘tak apa' dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya.
Selain itu, kita juga memerlukan proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita. Langkah yang berkesan perlu diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai unsur-unsur pemuliharaan alam sekitar yang betul dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terus terpelihara. Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.


Friday, September 21, 2012

~ratu dijiwa~



Aku lihat muslimah itu.
Dari kejauhan pandanganku.
Aku lihat muslimah itu.
Pandangannya tunduk memaku.
Aku lihat muslimah itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.
Aku lihat muslimah itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.
Aku lihat muslimah itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.
Aku lihat muslimah itu,
Dan benar aku cemburu.
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang aku lihat itu,
Adalah diriku.

Thursday, July 19, 2012

.:segenggam tabah:.


Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu,
memandang serong kepadamu,
tiada tempat untuk meluah,
pintu dunia seakan terkunci untuk menceritakan segala resah dan kekecewaan yang bersarang di jiwa...

Maka saat itu, tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurnian wudhu' dan airmata keinsafan. ALLAH pasti hadir dekat dengan jiwamu untuk mndengar segala isi hatimu yang luka pedih.....

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA ingin menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH "...
Kita merancang..Allah juga merancang tetapi Allah adalah perancang yang Maha Hebat...