Thursday, July 22, 2010

~ayah~



Umaira (bukan nama sebenar) adalah pelajar tahun akhir di sebuah institusi pengajian swasta di ibu kota dan merupakan seorang anak kepada pengurus Lembaga Tabung Haji yang kaya raya. Ayahnya Haji Syawal walaupun kaya raya namun tidak lokek menderma dan bersedekah, beliau juga bersifat merendah diri dan tidak suka menunjuk - nunjuk kekayaannya. Isterinya sudah lama meninggal kerana barah payudara. Oleh kerana Umaira tidak menyukai ibu tiri, maka dia tidak membenarkan ayahnya berkahwin lain dan ayahnya hanya menurut sahaja dek kerana sayangkan anaknya.

Berlainan pula dengan sikap Umaira yang gemar berfoya - foya menggunakan wang ayahnya, namun atas kasih sayang terhadap Umaira, Haji Syawal sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya itu. Suatu hari sebelum pergi kuliah, Umaira berkata kepadanya.
"ayah, minggu depan start final exam, kalau Umairah dapat 3 pointer keatas, ayah belikan kite kereta ye?.."..pinta Umaira, lalu ayahnya menjawab "insyaAllah nak"..
Setelah tamat peperiksaan akhir, maka tibalah masa untuk mengetahui keputusan dan Umaira mendapat keputusan yang cemerlang dengan pointer 3.87. Umaira sangat gembira dan terus menelefon ayahnya.


"ayah, Umaira dapat 3.87, ayah mesti tunaikan janji nak bagi kite kereta tau, kite nak kereta toyota Vios, warna gold tau ayah, bagi masa bezday kite minggu depan.."..ujar Umaira
"insyaAllah nak"..jawab haji syawal pendek
hati Umaira berbunga - bunga untuk
menunggu minggu depannya...


Hari ini genaplah umur Umaira 20 tahun dan Umaira menyambut hari lahirnya dengan menjemput rakan - rakan sekolejnya. kesemua rakannya begitu taksub dan kagum dengan hadiah kereta yang akan Umaira miliki sebentar nanti..sejurus kemudian ayah Umaira balik, Umaira menjengok keluar dan tidak nampak sebuah kereta Toyota pun.
Ayahnya masuk dengan mengucapkan salam...
"Assalamualaikum nak, ini hadiah hari lahirmu" Umaira terkejut, lalu dibuka bungkusan itu, bukannya kereta, tetapi sebuah Al - Quran yang cantik bersulam kulitnya...dia memandang sekeliling dan mendengar ketawa kecil
dari rakan - rakannya...
Umaira malu dan terus berlari ke bilik meninggalkan semua orang...


Semenjak kejadian itu, Umaira tidak pernah bertegur sapa dengan ayahnya. oleh kerana terlalu malu dan marah kerana ayahnya sudah menipu dan memalukannya Umaira membawa diri ke sabah tanpa memberitahu ayahnya melainkan sekeping nota yang ditinggalkan bebunyi "aku nak ne sabah, kerja jauh dari sini"..Umaira mendapat pekerjaan di sana sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta..Haji Syawal berusaha untuk menghubungi anaknya tetapi Umaira berdegil tidak mahu berhubung lagi dengan ayahnya...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun.. kini genaplah empat tahun Umaira berada di Sabah, dia kini sudah berjaya memegang jawatan pengarah syarikat dan menjadi kaya dalam tempoh itu sedikit pun dia tidak mengambil tahu hal ayahnya..
Suatu malam sebelum puasa, Umaira terdetik hati untuk pulang dan mambuktikan kepada ayahnya yang dia sudah berjaya walaupun ayahnya tidak mahu memberinya kereta. Lalu Umaira mengambil keputusan untuk
balik ke Semenanjung sehari sebelum hari Raya..

Umaira membayar tambang teksi, lalu mengankat barangnya turun. Di hadapan rumahnya dilihat suasana sudah berubah, pokok -pokok liar menjalar diserata tingkap rumahnya, semak samun semakin meninggi, rumah itu seperti sudah tidak berpenghuni.Umaira tertanya - tanya ke mana ayahnya pergi, perasaannya mula tertanya - tanya, hatinya mula gundah,dia sudah memberi salam namun tiada yang menjawabnya...tiba - tiba terdengar suara...
"anak cari siapa?"..Umaira menoleh, rupanya jiran yang duduk disebelah rumahnya, dia tidak mengenalinya mungkin kerana jiran lama telah berpindah.
"mak cik, ayah saya Haji Syawal mana?"
"Haji Syawal?,dia dah meninggal 2 tahun sudah nak"
Hati Umaira tersentak, tubuhnya menggigil, air matanya mencurah - curah keluar, pandangannya kelam dan terus pengsan..


"anak, anak tak apa - apa ke?" soal jirannya, rupanya umaira berada di rumah jirannya yang mengangkatnya kerana pengsan.Umaira menceritakan segala -galanya, semua terdiam..
Umaira membuka pintu rumahnya perlahan - parlahan, perabotnya masih ada, tetapi sudah usang..semuanya lengkap..umaira menangis teresak - esak, tiba - tiba dia teringaat Al - Quran yang diberi ayahnya..Umaira lalu mengambilnya dari atas almarinya yang tidak pernah disentuh sajak kejadian itu..Al - Quran masih elok, Umaira mengelaphabuk - habuk dan mengucup Al - Quran tersebut..


"ayah, maafkan Umaira, Umaira mendoakan agar ayah bersama - sama orang beriman, Umaira nak baca doa untuk ayah, nak doa banyak - banyak untuk ayah"..
Umaira membuka balutan Al - Quran tersebut, dan menyelaknya..tiba - tiba...
terjatuh sekeping kunci dari celahan Al - Quran tersebut, dia mengambilnya dan pada kunci tersebut tercatat tulisan "TOYOTA"...rupa - rupanya...


kunci kereta, dia membelek Al - Quran tersebut dan terdapat geran kereta yang tertulis namanya di situ dengan sekeping kad ucapan tertulis "SELAMAT HARI LAHIR YAMH KE 20 ANAKKU"..ayah menghadiahkan kamu dunia dan akhirat, Al - Quran untuk bekalan akhirat dan kereta untuk kamu di dunia..manfaatkanlah keduanya..
umaira menangis teresak - esak dan sangat menyesali perbuatannya..dia meraung - raung sendirian di rumah usang tersebut..

Jadikan lah ia sebagai peringatan buat kita...
Syurga di bawah tapak kaki ibu, ayah adalah pintu syur
ga kita...
jika ayah terluka, pintu mana yang nak
kita masuk di syurga nanti?

No comments:

Post a Comment