memang wanita itu dicipta Allah begitu indah untuk menghiasi dunia.
lantaran itu mereka selalu dikejar dan diminati oleh insan bernama Adam.
wanita ibarat rama - rama yang mengidahkan alam dan menyempurnakan keindahan bunga.
sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama - rama.
namun, ramai sekali wanita yang sengaja merosakkan dirinya di tengah - tengah kebuasan lelaki.
apabila disentuh, keindahan wanita mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama - rama terlerai daripada keindahannya.
tatkala rama - rama sudah hilang keindahannya, tiada siapa akan mempedulikannya lagi.
lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh wanita.
lelaki tidak akan kehilangan apa - apa biar berapa ramai wanita yang berada di sekelilingnya.
tetapi, si wanita pasti rugi setiap kali ada tangan - tangan yang tidak berhak hinggap di tubuhnya.
lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana - mana.
sudah tentu untuk mencarinya agak sukar.
itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah,
yang akhirnya hanya mencemarkan hidup kita sendiri.
ada manik jernih yang menuruni pipi.
biarkan manik - manik yang berguguran itu membasahi sejadah cintaku.
sejuk dan dingin sekali air jernih itu,
kerana tumpahnya tanda menginsafi kekerdilan diri,
di hadapan Tuhan tumpuan cinta dan kasih sayang.
No comments:
Post a Comment