Thursday, July 7, 2011

.:Berbahagialah disaat ketidakbahagiaan itu datang:.


Berbahagialah Hidup tanpa membenci,
Berbahagialah Hidup dengan Cinta
Berbahagialah Hidup yang penuh harmonis.
Berbahagia jugalah saat kita tidak berbahagia..
Kerana apabila ketidakbahagiaan muncul,
Sesungguhnya bahagia tidak pernah meninggalkan kita.
Tinggal kita sahaja untuk mengubah cara pandang dan fikiran kita.
Bahagia akan kembali menjadi milik kita.
Dan Bertambahlah kebijaksanaan dari pengalaman yang ada.
Kerana adanya ketidakbahagiaan,
maka kita dapat menghargai kebahagiaan.
Bagaimana kita dapat mengubah cara fikir dan cara pandang kita?
Ini yang perlu diberi perhatian dari kita semua.

Pada waktu timbul sesuatu yang tidak menyenangkan, kekesalan dan gangguan emosi datang pada kita, sesungguhnya gejolak dan permainan perasaan begitu hebat. Menggoncang kesedaran kita, menggoncang harga diri dan ego kita. Dalam sekelip mata sahaja, kita boleh hilang mood, menjadi garang, dan terasa perubahan raut wajah, hilangnya senyum dari wajah yang tadinya manis, denyut nadi yang tak teratur, membuat hari kita terasa sangat panjang dan kacau bilau.

Membuat kita secara tidak sedar bahawa perkara ini TIDAK BAIK, TIDAK BERMANFAAT, MERUGIKAN diri sendiri dan orang lain. Memang susah untuk mengendalikannya, tetapi yakinlah ada satu sisi baik manusia, yang bila “suara”nya didengari, ia akan dapat menakluk suasana kacau didalam hati.
Suara dari sisi baik akan berkata : “Sudahlah… lupakan semua, jangan lagi berperang dengan ketidakpastian dan ketidakjelasan sifat orang lain! Perhatikan diri sendiri dahulu, kita seharusnya memperbaiki diri sendiri dan menunjukan perubahan ini kepada orang lain sebelum kita menginginkan orang lain berubah untuk kita”

Mengapa suara itu tidak didengar oleh kita?

Kerana kita terlalu banyak mendengar suara si jahat yang memang suaranya jauh lebih besar daripada suara si baik. Sebaliknya, suara sisi baik memerlukan kesedaran kita untuk mendengarnya, kerana suara itu begitu halus, lembut dan nyaris tidak didengar.

Hanya hati yang sedang tenang dapat mendengarnya. Maka pada waktu emosi tidak stabil muncul, cara terbaik adalah keluarkan emosi itu segera. Berbicaralah dengan dinding yang akan setia mendengar (tetapi hati-hati dengan tembok yang bertelinga.. )

Siramlah kepala yang sedang panas dengan air sejuk, duduk dan renunglah kembali. Mula untuk menjadi pendengar yang baik, maka kita akan lihat ada pertarungan Si JAHAT dan Si BAIK. Tajamkan pendengaran kita dan amatilah suara Si Baik. Maka keindahan itu ada disana. Jawapan dari persoalan hidup ada disana. Kebijaksanaan juga ada disana.

Berbahagialah disaat ketidakbahagiaan itu datang, kerana kita akan semakin dewasa, kita dapat semakin bijaksana, belajar mengatasi masalah yang datang dalam diri sendiri, belajar mengatasi semuanya sendiri, dan mengembangkan potensi “pencerahan” didalam hati..

No comments:

Post a Comment