SUJUDLAH
sujud membesarkan Tuhan mu
kerana apa???
di situ kan kau temui segala - galanya
sakinah (ketenangan) yang kau cari
malah jawapan bagi setiap persoalan
yang sering menyesakan benak dan hati
SUJUDLAH
dalam sujud itu kan kau temui
cinta sejati
cinta hakiki
yang tak pernah kau temui selama ini
walau beribu kali kau mencuba dengan lelaki
tak setanding dengan cinta dari Illahi
ayuh!!!
SUJUDLAH
semakin kau cuba dekati
semakin Dia menanti
biarkan dalam sujud itu
mengalir air mata hati
agar ia menjadi saksi
di akhirat nanti
sebagai penebus dosa
yang gunung meninggi
SUJUDLAH
hidup mu kan secerah mentari pagi
yang menyinari di taman hati
hidup mu kan seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
kan kau nikmati
segala - galanya damai
penuh mesra dan ceria
hingga menghapus duka dan lara
melerai rindu di dalam dada
SUJUDLAH
segala - galanya kan bermula di sini
No comments:
Post a Comment