...Ratuku...
ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan, tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah.
...Ratuku...
kebimbanganku ini masih menebal apabila kudengar dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu.
...Ratuku...
kebimbanganku bartambah lagi bila kumelihat bunga yang tak segan silu melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
...Ratuku...
aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku kerana apa yang kulihat hari ini semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh,
...Ratuku...
bukanlah kuharapkan kau segigih siti hawa yang berlari-lari antara sofa dan marwa bukan juga sesetia ainul mardhiah menanti kekasih di pintu syurga.
...Ratuku...
akuilah hakikat yang tersurat engkau bukanlah siti khadijah mahupun siti fatimah engkau bukan aishah bukan juga rabiatul adawiyah wanita suci terpuji kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu kembang mekar mewangi sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga.
...Jangan kau risau ratuku...
kadangkala musim berganti sehingga bunga tak dapat berkembang mekar tapi itu hanya ujian buatmu.
...Ratuku...
esok musim bunga pasti akan tiba dan kau akan mampu berkembang lagi cuma yang kuharapkan ketika itu kau jaga kelopakmu itu jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu kerna kau ratu idaman kalbu.
...Ratuku...
aku bukanlah memandang kecantikanmu walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya tapi bukan itu yang kuharapkan.
...Aku yakin ratuku...
masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum mekar kerna akan ku temui ratu yang benar-benar ratu.
No comments:
Post a Comment