Saturday, June 12, 2010

~ cinta ku tak perlu kau ragui ~



* cinta itu indah, mampu undang musibah
cinta ku tak perlu kau ragui...
cintalah sesiapapun, asalkan cinta itu
dapat memberi lorong sebaik - baiknya untuk kita
terus mencintai Allah,
cinta yang hanya kepada Allah akan menjadikan kita
lebih khusyuk dalam solat,
bertambah pula ibadat dan
ketaqwaan kepada Allah...
jika hubungan dengan Allah semakin jauh,
diri semakin lalai,
itu ertinya cinta nafsu,
jauhilah zina mata dan hati...
*Ya Allah,
kurniakan kami cintaMu
sebelum kami mengemis cinta manusia
rahsia kejayaan pejuang agama Allah ialah
menundukkan nafsu yang menguasainya
cinta tak semestinya dilafazkan
cinta itu wujud di dalam hati
walaupun kita tidak meluahkan
rasa cinta itu kepada si dia
itu tetap dinamakan cinta
cinta kepadanya tak bermakna
kita akan bersamanya
kiranya tiada cinta insani untukmu,
cukuplah cinta Allah penyuluh hidup
kerana kelak akan ada cinta untukmu
dari insan yang mencintai Allah sebagaimana
cintamu kepada Allah...


*memberikan seluruh cintamu
kepada seseorang bukanlah
jaminan dia akan membalas cintamu
jangan mengharapkan pembalasan cinta
tunggulah cinta mekar di haty nya
jika tidak,
berbahagialah kerana
cinta tumbuh di hatymu...
sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu,
tapi...
lebih menyakitkan bila
mencintai seseorang dan
tak pernah memiliki keberanian untuk
meluahkan cinta kepadanya...

*punca penderitaan jiwa
adalah kerana cinta dunia
sebabnya sewaktu berusaha mendapatkannya,
haty berasa bimbang,
apabila nyata tidak dapat,
haty berasa kecewa,
pabila dapat...
takut luput pula...






2 comments:

  1. bahagia itu perlu dicari ..ianya tdk dtg dengan sendiri...cuma kita perlu redha
    dan pasrah kerna utk menggapai bahagia ada ketikanya kita perlu
    menempuhi pelbagai rintangan ujian dan dugaan...namun setelah itu,
    apabila kita berjaya menempuhi segala2nya....kita mampu mengecapi
    kebahagiaan yg sebenar2nya dengan redha-Nya Allah swt dn dengan segala
    rahmat dan hikmah yang dianugerahkan kepada kita...InsyaAllah..=)

    ReplyDelete