Wednesday, December 2, 2015

.aurat atau urat.



Secara umumnya, wanita mengetahui konsep aurat secara umum. Mereka juga dapat menyatakan anggota-anggota badan yang merupakan aurat wanita serta mengetahui hukum menutup aurat.  Para wanita tidak memelihara aurat mereka sebagaimana yang mereka ketahui, sama ada dari sudut syarat pakaian menutup aurat mahupun batasan aurat ketika bersama orang yang bukan mahram.

Pendedahan aurat yang paling ketara dapat dilihat dari segi pendedahan kaki, memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan, bertudung nipis lagi jarang serta tidak melabuhkan tudung melepasi paras dada.  Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita tidak menutup aurat ketika berada bersama ipar duai dan tidak dapat menyenaraikan kesemua mahram bagi mereka. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka kurang mengambil berat dan kurang prihatin terhadap penjagaan aurat.

 Selain itu, kesemua wanita mengetahui bahawa aurat wajib ditutup apabila mencapai usia baligh dan kebanyakannya mula menutup aurat dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun atas kesedaran diri sendiri, di samping penerapan ilmu agama di sekolah serta pergaulan dengan rakan sebaya yang menutup aurat. Walau bagaimanapun, ada di kalangan wanita mengakui mula menutup aurat ketika mula bekerja, manakala ada yang lain mengakui menutup aurat kerana tertarik dengan kecantikan wanita bertudung di samping ingin menutup kelemahan dirinya.

Monday, November 2, 2015

.:punca hilangnya hijau itu:.



Pada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?


Pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai unsur. Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91% kejadian pencemaran terutamanya pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh najis, sama ada najis haiwan mahupun najis manusia.
Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah disebabkan oleh bahan kumbahan dan baja yang digunakan untuk tujuan pertanian terutamanya yang mengandungi galian seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku adalah disebabkan oleh penghasilan kelodak dan bahan-bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing sungai apabila berlakunya hujan lebat.
Di samping itu, bahan buangan daripada kilang-kilang, pembasmian hutan dan pembangunan industri juga menjadi punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar kita. Mungkin ada antara kita yang sedia maklum bahawa kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang singkat sahaja. Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan sebagai pencemaran jangka pendek. Manakala, bagi pencemaran jangka panjang pula, ia memerlukan perhatian yang khusus walaupun ianya masih lagi pada tahap yang rendah di negara kita, kerana ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah misalnya tidak boleh tersebar dalam jangka masa yang cepat. Namun demikian ia boleh memberi kesan yang besar kepada hidupan terutamanya jenis haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Sebagai contoh, aliran kehidupan biasa dalam kitar pembiakan haiwan seperti spesies katak sudah tergangu, puncanya adalah merujuk kepada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebabkan oleh pencemaran jangka panjang, dan sebahagian saintis khuatir sekiranya keadaan tersebut berterusan, ia akhirnya akan turut memberi kesan kepada manusia.
Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud;
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.

Thursday, October 29, 2015

.:sifat mukmin berjaya:.





قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (١) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢) وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ 
مُعْرِضُونَ (٣) وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ (٤)وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٥)١

Terjemah Surat Al Mu’minun Ayat 1-11
1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
2. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya,
3. dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,
4. dan orang yang menunaikan zakat,
5. dan orang yang memelihara kemaluannya




Pengajaran Ayat :
  • Hendaklah menunaikan solat tepat pada waktu dan dalam waktunya dengan sempurna rukun dan syaratnya.
  • Sesiapa yang melazimkan diri mereka dengan sifat sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat tersebut berhak mendapat syurga Firdaus yang paling tinggi martabatnya dengan rahmat Allah dan meraka kekal dalamnya buat selama-lamanya.
  • Khusyuk ketika solat ialah tenang, hadir hati, takut kepada Allah semata-mata, ikhlas sudut hati dan perasaan serta perbuatan daripada segala perkara lain.
  • Hendaklah perpaling atau meninggalkan segala perbuatan dan perkara yang melalaikan dan sia-sia. 

Wednesday, October 28, 2015

~keluarga bahagia~


Fahamilah wahai sahabtaku,
Keluarga itu ibarat nyawa,
Porak peranda jika tidak dijaga,
Bermaaf-maafan jangan bermasam muka,
Setiap hati mesti dijaga. 

jagalah adab sesama keluarga,
bersopan berakhlak mulia,
agar hidup tenang dan bahagia.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”. (Q.S Al Israa’, 17:23)